19 March 2012

KENALI PENYAKIT KUNING ATAU JAUNDICE......

         
     Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau neonatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.


Apa Itu Jaundice (Kuning)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis ‘jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.
Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning!). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan!).

Mengapa Kebanyakan Bayi Mengalami Kekuningan?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama :
1. Sel darah merah bayi (fetal hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ketiga.
2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.
Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Apakah Penyebab Lain Jaundice
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (biliary atresia).
Antara penyebab lain :
* Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum
* Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
* Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
* Masalah tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
* Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
* Hormon tiroid yang rendah (hypothyroidism)
* Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
* Kuning disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Adakah Jaundice Merbahaya?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena yang mana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!
Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Rawatan
1. Terapi lampu (phototherapy)
Terapi lampu adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara menggunakan terapi lampu dengan berkesan :-
* Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
* Buka semua baju bayi kecuali lampin
* Tutup matanya
* Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
* Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
* Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian
* Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat
* Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi.
ET ialah satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi. Itu untuk seorang bayi! Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.
Cahaya Matahari vs. Phototherapy?
Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?
Ada yang berkata, “kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun…” atau “buat apa kau nak siksa budak kecik tu… masuk hospital… letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini… letak je bawah matahari….”
Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.
Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibubapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.
Kenapa phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
* Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
* Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
* Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
* Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah
* Keputusan untuk mengadakan exchange transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah
* Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.
Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.
sumber: sihatselalu

5 comments:

  1. jaundice/kuning ni mmg bahaya bagi bayi.. anak aku dulu, perempuan(zara jugak nama dia) masa kena kuning tuh, nurse yg dtg umah suh bwk pi spital.. masa tuh pukul 1, aku tgh keje.. then pkul 5 baru pegi HKL.. sampai HKL, anak aku kena admit.. masuk wad KK9.. dh anto isteri, lebih kurang pukul 11mlm, aku kt umah, isteri aku call ckp DR. suh dtg hospital skang ni jugak..

    sampai hospital.. DR.(india..aku x ingat nama dia) terangkan kat aku... jaundice nih kalau normal 70-80.. 300nm dah kritikal..anak aku 650nm... "Ya Allah, ujian apa yg kau turunkan pada ku..."... kalau 1000nm.. takde harapan lagi...

    so.. jln penyelesaian anak aku nih mesti kena tukar darah dia...aku pun x kta ape..aku terus setuju... start tukar darah pukul 2.30...sebab tggu darah dari pusat tabung darah.. siap tukar pukul 6.45.. x tidur aku satu malam... lepas tuka tuh, belum selamat lagi... kena pemantauan rapi.. kena letak bawah lampu... kalau biasa lampu tu 4 je...tapi anak aku 8 kat atas, 4 atas kiri, 4 atas kanan..4 bawah, 4 bawah kiri, 4 bawah kanan... lima hari lepas tuh...anak aku pulih 100%...Alhamdulillah.. tapi kena buat check up tetiap bulan.. sampai umur dia 2 tahun...tapi anak aku umur setahun DR tuh cakap anak aku normal 100%..

    aku bersykur sgt2.. aku lupa nama DR. tuh..(3org DR bangsa india)...tapi masa last day sbelum isteri aku kluar tuh...aku x lupa bagi hamper kat dia org..terima kasih sgt2 aku kt DR tuh...

    skang nih isteri aku pragnent lagi...kali nih aku janji xkan lakukan kesilapan dulu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ats info berguna ini. Petang ni saya kena bw anak ke makmal cek darah jaundicenya. Harap normal. Apapun, sy perlu bersiap sedia utk sebarang kemungkinan. Mmg tersiksa lihat dia dlm NICU mgu lps tp terpaksa krn ini kaedah perubatannya yg berkesan. Dh bc info ttg jaundice ni n pengalaman encik chikun lagi bertambah kesedaran sy betapa bahayanya jaundice & tahulah sy kenapa nurse sentiasa arahkan ke makmal utk cek darah baby tu. huhu...

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian info yg berguna. mmg jaundis bukan boleh dibuat main, kena amik perhatian serius, takut perkara yg kita tak jangka terjadi. tp alhamdulillah anak2 saya waktu lahir bebas dr kuning.
    http://permatacintaku.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Bayi saya berusia 5 hari dan pada hari ke 4 nurse cakap baby saya kena kuning...terus pergi makmal check.....result...11.8 dan doktor cakap tinggi dan suruh bini saya bagi susu Badan selang sejam...tapi mak mentua saya cakap bagi susu tepung.....saya keliru
    ...blh bagi pandangan

    ReplyDelete
  5. Donny payar..bg susu apa pn xpa..tp susu ibu la yg tbaik..mcm org beranak sulung yg xda or kurg susu bdan mcm sy bleh ja bg susu tepung..yg pnting susu..bila baby minum susu,dia berak n kencing,kluar la kuning tu..ank sy hari ke3 10 hari ke4 kuning mcecah 14..tp rwtn bwh lampu tu memg bkesan.nk cepat bwk ja g hosp..tp klu hosp krjn diorg akn tahan dgn ibunya skali,sbb diorg nk suruh bg susu bdan..

    ReplyDelete