12 March 2012

Info Ringkas : Makanan yg perlu dielakkan ketika hamil.



Salam,


Berkongsi info berkaitan makanan yg sebolehnya cuba dielakkan ketika sedang mengandung bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria kepada bayi di dalam kandungan. Ini kerana, bayi di dalam kandungan kita, masih belum mempunyai daya ketahanan untuk melawan penyakit ataupun jangkitan bakteria yg mungkin berpunca daripada makanan yg kita ambil.

Antara makanan yg perlu dielakkan ialah :

  • Telur mentah atau separuh masak
  • Produk tenusu mentah, seperti susu mentah atau yg tidak dipasteur serta keju lembut segar.
  • Daging mentah atau separuh masak, ayam atau ikan yg tidak dimasak sempurna (termasuk burger, filet atau stik)
  • Makanan laut serta jenis siput yg tidak dimasak sempurna (seperti tiram, kerang, kupang atau apa jua jenis siput)
  • Ikan mentah seperti sushi, sashimi dan sebagainya
  • Jenis Tumbuhan seperti tauge, alfalfa mentah
  • Jus buah-buahan atau sayuran yg tidak dipasteur
  • lain2 makanan yg disedia secara mentah atau hanya disalai.


Sumber : Tip Kehamilan - Majalah Harmoni

No comments:

Post a Comment